Sedap Sangat Ke Minum Arak

 

Kerana perasaan ingin tahu, aku pernah dulu tanya kat seorang rakan ( non muslim ) rasa macam mana agaknya bila minum arak nie. Dia bagitau arak nie rasanya pahit dan berbau agak masam. Lepas minum seluruh tubuh rasa panas.

Ini yang membuatkan aku tak berapa nak faham. Kalau arak tu tak sedap lansung, dah la haram dari segi agama, kenapa ramai saudara semuslim aku masih pegi jugak minum benda haram tu ?? Dah la tu pulak kalau tengok harga setin/sebotol bukan murah, mahal, lagi mahal dari segelas milo sejuk yang sememangnya sedap sekali untuk diminum.

Adakah bila minum benda haram nie terasa cool menunjukkan kita mampu melakukan segala-galanya tanpa batasan. Atau semata-mata kerana kawan seangkatan minum, dan kita pun tak ketinggalan dan taknak dikatakan kolot, kita pun sama-sama joint la juga pekena arak haram tu.

Disini aku lihat pentingnya pegangan agama didada, kalau kita tahu arak tu haram dan takut dengan azab seksaan Tuhan, kita takkan sesekali menyentuh benda haram nie. Walaupun sehebat mana pun pengaruh luar yang membuatkan benda haram tu menarik dan hebat, jika pegangan agama kita kuat, senang saja kita tolak ke tepi.

Aku juga melihat penting sekali peranan yang perlu dimainkan oleh sahabat, rakan, keluarga dan sebagainya. Tak guna jika kita condemn habisan orang yang kita kenal kerana dia minum arak. Disini timbul satu persoalan yang bermain dijiwa aku. Adakah kita condemn supaya dia meninggalkan benda haram tu atau jiwa kita rasa puas selepas mengondemn sedangkan orang yang dicondemn makin jauh dengan benda haram tu ?? Inilah silap kita. Suka sangat condemn orang lain. Kan elok kita semua sama-sama bagi nasihat atau dengan cara apa sekali pun yang boleh dikatakan slowly tapi berkesan untuk longterm. Betullah, kita takleh expect mamat minum arak terus tinggal botol arak dengan sekali tegur. Cara tu pulak penting, kena bijak dan berhemat, macam cucuk jarum tak rasa sakit. Macam tulah lebih kurang.

Tak kesian ke kawan kita terus dibiarkan lalai hingga akhir. Jangan cakap aku sendiri pun banyak yang slack. Takleh macam tu, manusia nie sempurna kerana manusia itu tidak sempurna. Banyak melakukan dosa. Cuba bayang kalau rakan kita berubah kerana kita. Taktaulah berapa banyak ganjaran yang kita dapat dari Tuhan.Hanya Tuhan yang tahu.

Di sini juga saya terjumpa hadith yang menarik untuk dikongsi bersama betapa pemaafnya Tuhan keatas hambaNya yang lalai macam kita semua nie.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

Seorang hamba melakukan satu doasa lalu ia berkata “Wahai Rab, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah kemudiannya berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah berfirman “Apakah hambaKu tahu dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali – maka lakukanlah apa yang disukainya.”

Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Jadilah Sahabat Terlebih Dahulu

Kita berkehendakan orang lain mampu menjadi bukan sekadar rakan tapi seorang sahabat. Namun, adakah kita sendiri sudah berusaha untuk menjadi sahabat kepada orang lain ?? Sudah pasti orang lain juga mengharapkan perkara sama yang kita harapkan.
Sudahkah kita mendoakan saudara kita ? Kalau belum mulakan sekarang. Tiada wang ringgit yang dikeluarkan. Hanya doa ikhlas tulus dari hati walaupun kita tidak bersamanya. Sebuah hadith riwayat Muslim menyatakan pabila kita mendoakan sahabat, malaikat yang menjaga kita berkata ‘Semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya’
Buatlah apa yang sahabat kita sukai selagi perkara tersebut bukan maksiat kepada Allah. Kita sendiri tentu suka kalau sahabat kita melakukan apa yang kita sukai.
Ringan-ringankanlah tangan untuk memberi hadiah dan buah tangan. Tentu sekali sahabat kita seronok dan menghargai pemberian kita. Janganlah kita pula mengharapkan balasan, beri biar ikhlas dari hati nurani. Sabda Rasulullah saw ‘Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai’.
Jika sahabat terbuat silap dan memohon kemaafan, cepat-cepatlah dengan rasa redha dan senang hati memaafinya. Ini akan menjaga keharmonian antara kita dan sahabat. Janganlah pula maaf dimulut saja dan berdendam didalam hati kerana tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Semoga dengan memberi maaf, kita juga akan dimaafkan jika ada kesilapan dihari muka kelak.
Jadilah orang yang paling dipercayai oleh sahabat kita. Jika dia ada rahsia, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. Baik buruk sahabat kita simpan dengan baik. Nasihati dan tegurlah sahabat jika kita nampak ada perbuatannya yang tidak kena. Insyaallah sahabat kita lebih mendengar pada orang yang amat dipercayai berbanding orang lain.Teladanilah Rasulullah yang amat dipercayai kaumnya sehingga digelar al amin.
Jadilah pendengar yang baik. Biarkan sahabat kita luahkan segala apa yang perlu diucapkannya. Tugas kita pula mendengar dengan setia tanpa memotong ditengah jalan kerana kadang-kadang sahabat kita mahu ada tempat yang dia boleh meluahkan segala-galanya sehingga apa yang terbuku dihati dilepaskan.
Yang paling penting, cintailah sahabat kita kerana Allah. Kerana jika berlaku perpisahan, kita lebih senang untuk merasa redha kerana yakin Allah akan mempertemukan kita dengan sahabat yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Ayuh anda semua termasuklah saya sendiri, berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik. Moga nanti kita juga turut dikurniakan Allah dengan sahabat yang baik.
Nota kaki : Alhamdulliah, saya sendiri ramai mempuyai teman yang layak digelar sahabat berbanding sekadar kawan. Walaupun saya sendiri mempunyai banyak kelemahan dan kadang-kadang tanpa sedar mengecilkan hati mereka, mereka masih menerima saya dengan baik dan tiada lansung tanda marah atau berdendam. Ada dikalangan mereka sanggup bersusah payah kerana saya yang saya sendiri tidak mampu berbuat sama seperti mereka. Tiada material yang mampu diberi kerana kebaikan dan jasa mereka selama ini melainkan Allah sendiri yang akan membalas yang terlebih baik di akhirat kelak.Amin

Selalu Bertaubat Dan Beristighfar

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

Seorang hamba melakukan satu doasa lalu ia berkata “Wahai Rab, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah kemudiannya berkata “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya ? Aku telah mengampuni hambaKu.” Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata “Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah berfirman “Apakah hambaKu tahu dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali – maka lakukanlah apa yang disukainya.”

Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Industrial Training

Bermula 6 april lepas, aku mula menjalankan latihan industri TNB Repair & Maintenance atau nama pendeknye
REMACO.

TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO) was first incorporated as a subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB) in 1995. The company is managed independently as a business organisation within the corporate structure of the massive TNB group, Malaysia’s premier power utility organisation. While it shares and contributes to the group’s core vision, values, culture and significant financial resources, TNB REMACO nonetheless remains steadfast in the realisation of its own corporate destiny.

As a power utility repair and maintenance organisation, TNB REMACO is managed on quality response to its own business environment comprising the specialised needs of its growing list of clients and customers. This has entailed strategic investment in technology and human capital development, powered on a strong commitment to deliver quality performance in its quest for excellence.
Remaco_ID
logo die…

Seawal jam 7 pagi, aku mula bertolak dari rumah. Terpaksa bertolak awal kerana tempat training terletak di Pasir Mas iaitu setengah jam dari Kota Bharu. Perasaan gementar mula terasa seolah-olah hari pertama memulakan kerja. Nasib baik, rupanye bukan aku seorang yang menjalani pratikal di sane.Dari jauh aku sudah nampak Fikri..lega rasenye..ade jugak geng.
Remaco_01

Kami berdua melapor diri kepada base manager, En. Mohd Fadhil. Seperti biasa dia akan bertanye kabar dan secara ringkas mengenalkan kami kepada Remaco. Selepas itu kami diminta untuk berjumpa dengan En Zul dan en zarizan, engineer kanan disane. Selepas itu kami dibawa oleh en Fadhil berkenalan dengan semua warga Remaco yang berjumlah hanye 34 orang. Itulah saje untuk hari pertama aku melaporkan diri. sepanjang hari kami cuba berkenalan dengan semua yang ade kat sini.

Permulaan

1 bulan. Satu masa yang agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Ditambah dengan tiada idea, aku membiarkan sahaja sehingga ada idea yang datang. Ditambah dengan tiada access internet (baru je ade internet..), tiada komputer(baru je beli..) untuk melayari internet, aku biarkan sahaja blog ini tanpa diupdate…

Maulidur rasul

Pada hari ini, seluruh rakyat malaysia yang beragama islam akan menyambut kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Maka bermacam aktiviti dibuat untuk mengimbas kembali sejarah baginda dan sumbangan besar baginda membawa kita semua keluar daripada kegelapan.
Tapi adakah kita hanya mengenang baginda setahun sekali. Adakah menyambut kelahiran baginda itu lebih penting daripada mengamalkan tuntutan baginda? Tapi itulah realiti sekarang. Kita hanya bersemangat untuk satu hari sahaja. Esok, kita kembali menjalani rutin seperti biasa. Seharusnya jika kita sayang kepada baginda, kita sepatutnya mengamalkan sedaya upaya boleh sunnahnya. Dan itu terlebih penting daripada menyambut kelahiran baginda. Tujuan saya menulis ini adalah untuk semua termasuk diri saya sendiri yang lemah ini….salam maulidur rasul.

kucing

semalam ketika pulang, aku terpandang seekor kucing yang lena tidur di atas beranda.Aku tersenyum mengenangkan kucing-kucing yang pernah aku pelihara suatu ketika dahulu.

kucing dulu pernah jadi temanku….

Entah berapa ekor kucing yang masih ingat namanye..semuanye idea bernas kakak aku..

Renek
Kuning
Panjang
Mekyah
Putih
Simba
Abu
Catcat
Chico
Klabu
Mickey
Juling( yang nie sebab mata dia juling)

Ade banyak lagi tapi kebanyakannya aku tak berapa ingat sebab dah lama sangat. Kerana sayang sangat kat kucing, aku jadi sebak bila kucing yang aku sayang meninggal.

Antara kucing yang seingat aku paling lama hidup abu dan simba. Seingat aku mereka hidup untuk 8 tahun. Dan semenjak Simba meninggal, rumah aku dah takde kucing. Family aku bercadang nak cari kucing lain tapi sampai sekarang tak tahu macam mana.

dan semua kucing aku sebut kat atas ada pertalian saudara. Contohnya, abu dan simba anak kepada chico dan chico pula anak kepada mickey dan mickey pula anak kepada…

Jalan-jalan cari motor

Semalam aku dan acap mempunyai misi mencari motor untuk projet kami. Berbekalkan kamera, pen dan kertas kami berdua menuju ke destinasi kami,KUALA LUMPUR. Mula2 memang lah semangat tapi dek terlekat dalam kesesakan jalan raye yang tak berape sesak, semangat kami jatuh 29%.

Pusing punye pusing.At last, dapat juga parking dekat jalan..lupe lak.tapi name jalan itu name cina..
Kami singgah ke sebuah kedai motor. Mula2 okey la owner tu layan, bila kitaorang bagitau kami nak buat untuk project dan nak survey ajak terus owner tu jadi unfriendly. Dah la kami penat, kena pulak layang macam tu memang meningkatkan tahap tension kami. Okey, tak ape, kami tak putus semangat. Future engineer mane boleh mengalah..hehehe. Pusing lagi terjumpe la kedai lain. Tapi sayangnya kedai tu tak jual ape yang kitaorang nak. Tapi, kami cukup suka dengan owner kedai. Die punye lag baik. Even die tak jual, die called kawan die. Lepas tu siap explained kat kitaoran lagi. Lepas tu die pegi store die dan dia tunjuk ape yang kitaorang tengah buat dalam projet. Mase nie memang kami jelas dengan part dalam projet kami. Sebelum nie, blurr…Lepas dah abis, kami berterima kasih kat tokey kedai tu sebab sudi luangkan mase.
Sebab tujuan kami nak survey harga dan nak melihat benda tue, kami pusing2 lagi. Singgah kedai lain pulak. tokey kedai nie pun baik jugak. Siap tunjuk jenis-jenis motor dan explained baik-baik punye. Kami spend mase lame lah juga dekat sini. Mase nak blah tue, aku terpandang spring. Memang tak jangka lah jumpe spring. Baik je tokey tu explained pasal spring.
Lepas tu kami singgah lah beberapa kedai lain. Kebanyakan memang tak berapa membantu. Ade ke ade satu owner tu suruh cari kat jalan pasar. Kami design utk angkat kereta. motor Yang jual kat jalan pasar mane la larat nak angkat, Auntie..
Jam dah lebih tengah hari..semayang tak lagi..perut dah menyanyi. Acap suggested makan kat belakang istana. Makan ikan bakar. Ni 1st time aku try ikan bakar blakang istana.. Boleh tahan sedap la jugak..Kebanyakan spesies ikan lain dah abis..aku mintak pari tapi sedeynye dah abis sebab datang lewat..Last2, ikan kembung jea.. okey la.sedap jugak.. Acap macam biasa nasi bukit..hehe..Harga semuanye..memang tak mahal..lain kali boleh pegi lagi..
Kami semayang zohor kat surau istana.Panas betul..semayang pun tak selesa tapi neraka panas lagi..eii..takut.
Dah kenyang dah makan. Acap ade mision lain. Untuk melengkapkan misi acap, destinasi seterusnye digital mall @ PJ. Sempat lagi acap tunjuk tempat die exercise..dan dah jarang pergi. Ape ni acap, bayar mahal2 tak gune..Biar saye lah ganti..hehehe..
Kat mane aku melalut tadi..oo kat digital mall. Kat sini susah gile parking. Berape kali pusing baru dapat…
Acap nak gi tukar CD jea..last2 tak leh tukar..abis satu digital mall tu kami explored.seronok jugak kat sini.macam2 ade..jam dah nak dekat pukul lima.Badan dah start penat. Mission acap pun tak tercapai jadi kami buat keputusan untuk balik ke uniten..
Maka tamat sudah lah siri jelajah aku bersama2 Acap..
Balik Amanah dan Zzzz….

note: semalam rezeki aku murah betul..
pagi: breakfast roti canai n milo ais dengan Fazley dan die blanja.
Tengah hari: Makan ikan bakar dan Acap yang tolong bayarkan.
Malam: Abang aku called kate nak datang dan konfirm la makan die yang bayar..hehehe

Perihal pengembara

Dengan pelbagai dugaan yang aku hadapi sekarang, timbul pula rasa ingin berkongsi dengan orang lain.

Aku lebih suka dengan cara bercerita dan aku ingin bercerita perihal seorang pengembara. Zaman dahulu kala, adelah 2 orang pengembara di tanah arab. Tujuan mereka ingin ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Masa itu Baghdad terkenal sebagai kota ilmu. Sebut saja ilmu ape, semua ade. Maka mengembara lah mereka berdua merempuh segala macam dukaan. Dulu mane ade kapal terbang. Paling comman pun unta tapi mereka ni tak mampu nak afford unta kerana mahal sangat. Unta tu ibarat BMW la zaman sekarang. Disebabkan penat, kena berjalan lagi, dua2 berada dalam situasi tensen. Sabar sahaja pendinding mereka. Satu hari mereka kehabisan bekalan ditengah jalan. tengah padang pasir pulak tu. Konon2 nak release tensen, sang sahabat ni buat la lawak. Entah apehal, yang sorang lagi takleh nak terima lawak tu. Hangin satu badan terus ditampar sahabatnya itu. Berguling2 yang kene tampar tu atas padang pasir. Berpusing bintang atas kepala. Lupe lak nak bagi nama. Baiklah, yang pertama bernama Hashim(yang kene tampar) dan yang kedua Kasim. Jadi, ape yang Hashim buat? Adakah dia membalas balik tamparan Kasim tu? Dia tak balas pun tapi dia tulis kat atas pasir “hari ni sahabat aku menampar aku” dan dipadamkan dengan tangan dia. Kasim yang tadi tengah hot berasa hairan dengan Hashim. Nak tanya segan. Maka Kasim diam je. Mereka berdua meneruskan perjalanan dan mereka tiba disebuah pekan oasis sudah agak lewat. Mereka berdua mendirikan khemah ditepi oasis selepas siap membeli bekalan. Tengah2 berehat tu Hashim yang melihat Kasim diam dari tadi lagi menegur “eh, Kasim, kenapa dari tadi ana tengok anta senyap je? Rindu kampung ke?”.” Ana hairan dengan anta. Anta tak balas balik pun tadi. Itu yang menjadi persoalan dalam kepala ana” jelas Kasim. Hashim hanye tersenyum dan menghabiskan kopi yang tinggal separuh. ” Kasim, cube anta tengok diatas. Cantik kan bintang2 tu. Mereka tak tergantung tak pula jatuh. Hebat betul Allah,” bicara Hashim. “Betulkan kata anta. Waktu malam sejuk sebab Dia tahu waktu ini untuk berehat. Kalau panas juga macam mana nak tidur,” kata Kasim. Mereka terus bercerita tentang alam sehinggalah tertidur. Esoknya pengembaraan ke kota baghdad diteruskan. Mereka predict dalam 3 hari lagi kalau tiada halangan sampailah mereka ke sana.
Mereka terus berjalan hinggalah sampai ke sebuah lembah. Kasim menjenguk kebawah.”kalau ana jatuh kebawah ni konfirm ko nie” kata kasim dalam hati. Mereka berdua berjalan dengan berhati2 dan kadang2 menjeling kebwah. Dalam hati mereka tak henti2 berdoa minta selamat sebab dua2 nie fobia tempat tinggi. Entah macam mana Hashim tergelincir dan terjatuh kedalam lembah. Nasibnya baik dapat berpaut pada sebatang dahan pokok. Hashim menjerit meminta tolong. Kasim dah menggelabah. panik. tak tahu nak buat ape. tanpa berfikir panjang, Kasim mengambil pakaian yang dibawa dan disambung2 hingga cukup panjang. Dihulurnya pada Hashim tapi malangnya tak sampai. “macam mane nie” keluh Kasim. Dia ternampak sebatang pokok betul2 tepi lereng. Pakaian yang dibuat tali diikat pada dirinya dan pada pokok tadi. Perlahan2 Kasim turun ke bawah lembah dan cuba menghampiri Hashim sedekat boleh. Kasim berjaya memegang tangan Kasim dan terus mereka berdua naik ke atas. “terima kasih Kasim. Hanya Allah membalas budi anta” kata Hashim dan sambil memeluk Kasim. Setelah berehat sekejap mereka menyambung perjalanan. Malam itu ketika mereka berhenti untuk berehat Kasim perasan Hashim menulis sesuatu dan kali ini diatas batu. Bertambah hairan Kasim. Perasan ingin tahu bertambah. Kasim akan cuba bertanya jika waktu sesuai.
Setelah lama mengembara, akhirnya mereka berdua sampai ke Baghdad. Mereka berdua akan berpisah menuju tempat tujuan mereka. Dan ketika inilah Kasim bertanya kepada Hashim perihal dirinya menulis diatas pasir dan batu.”sahabatku kasim, ana menulis kesalahan anta diatas pasir kerana ana berharap pasir akan meniup kesalahan itu pergi jauh2.Ana dah kenal anta dah lama. Takkanlah sebab kesalahan kecil anta, ana hendak berdendam dengan anta. Dan ana menulis jasa anta diatas batu semoga ana takkan melupakan budi baik anta sampai bila2″ jelas Hashim panjang lebar. Dan setakat ini sajalah yang aku boleh ceritakan. Aku juga berharap jadi macam hashim. dia senang untuk memaafkan temannya Kasim dan sentiasa mengenang jasa baik Kasim.

January

tidak terasa pun macam berada di tahun baru.terasa seperti lagi berada di tahun 2008. tidak ku sangka masa berlalu begitu pantas. Sudah 4 tahun aku berkelana di tempat orang menuntut ilmu. terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di universiti.

Umur ku juga makin bertambah.aku bukan lagi seorang remaja tetapi sudah melangkau ke alam dewasa. Alam yang pernah aku impikan ketika aku kecil kerana penuh kebebasan. Namun, apa yang aku dapati, umur dewasa ini datang bersama tanggungjawab. Tanggungjawab yang berat dan semoga ALLAH memberikan aku kekuatan untuk menempuh hari mendatang.

Terasa pula ingin kuimbas kembali kenangan lalu. kenangan 4 tahun dulu bila aku meninggalkan alam persekolahan. hati ini terasa cukup berat untuk meninggalkan kampung halaman namun demi masa depan yang lebih baik aku biarkan saja rasa berat hati ini.

di universiti, aku rasa cukup janggal dan terasa terasing. Tapi, aku bertuah kerana kawan sekampung turut belajar di sini. Hanya dia sajalah kawan aku ketika itu. rasa malu kerana tidak hilang ‘longat’ menyebabkan aku kurang kawan. walaubagaimanapun, pengalaman itu mematangkan bersama yang waktu berlalu. Aku sudah boleh menyesuaikan diri disini dan kawan juga turut bertambah. cukup seronok pula ditambahk dengan kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

pengajian aku berbaki 1 tahun lagi. entah kenapa, aku terasa sedih bila terkenangkan masa untuk aku meninggalkan alam universiti akan tiba. hati ini cukup seronok disini. kalaulah aku mampu, ingin ku putarkan masa ke masa lalu…

ntah ape aku merepek nie….