Maulidur rasul

Pada hari ini, seluruh rakyat malaysia yang beragama islam akan menyambut kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Maka bermacam aktiviti dibuat untuk mengimbas kembali sejarah baginda dan sumbangan besar baginda membawa kita semua keluar daripada kegelapan.
Tapi adakah kita hanya mengenang baginda setahun sekali. Adakah menyambut kelahiran baginda itu lebih penting daripada mengamalkan tuntutan baginda? Tapi itulah realiti sekarang. Kita hanya bersemangat untuk satu hari sahaja. Esok, kita kembali menjalani rutin seperti biasa. Seharusnya jika kita sayang kepada baginda, kita sepatutnya mengamalkan sedaya upaya boleh sunnahnya. Dan itu terlebih penting daripada menyambut kelahiran baginda. Tujuan saya menulis ini adalah untuk semua termasuk diri saya sendiri yang lemah ini….salam maulidur rasul.

kucing

semalam ketika pulang, aku terpandang seekor kucing yang lena tidur di atas beranda.Aku tersenyum mengenangkan kucing-kucing yang pernah aku pelihara suatu ketika dahulu.

kucing dulu pernah jadi temanku….

Entah berapa ekor kucing yang masih ingat namanye..semuanye idea bernas kakak aku..

Renek
Kuning
Panjang
Mekyah
Putih
Simba
Abu
Catcat
Chico
Klabu
Mickey
Juling( yang nie sebab mata dia juling)

Ade banyak lagi tapi kebanyakannya aku tak berapa ingat sebab dah lama sangat. Kerana sayang sangat kat kucing, aku jadi sebak bila kucing yang aku sayang meninggal.

Antara kucing yang seingat aku paling lama hidup abu dan simba. Seingat aku mereka hidup untuk 8 tahun. Dan semenjak Simba meninggal, rumah aku dah takde kucing. Family aku bercadang nak cari kucing lain tapi sampai sekarang tak tahu macam mana.

dan semua kucing aku sebut kat atas ada pertalian saudara. Contohnya, abu dan simba anak kepada chico dan chico pula anak kepada mickey dan mickey pula anak kepada…